Rasanya sudah menjadi trend di mana orang ramai suka bercuti di luar negara tambahan pula harga tiket penerbangan kini semakin mampu milik
Bagaimanapun, semakin ramai yang suka melancong ke luar negara semakin banyak pula kes-kes melibatkan rakyat negara kita ditahan oleh pihak imigresen.
Antara negara yang sering menahan rakyat Malaysia adalah Australia dan Korea Selatan. Puncanya kerana terlalu banyak pelancong yang bekerja tanpa permit di sana.
Selain itu, ada juga negara-negara yang Islamphobia seperti di Eropah ataupun Amerika Syarikat yang sering menahan rakyat beragama Islam kononnya atas tujuan ‘keselamatan’.
