“Sebenarnya tarikh ini dipilih dan ditetapkan oleh kedua-dua pihak, malah tempahan seperti pakaian, pelamin dan sebagainya sudah dibuat.
“Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara, semua tempahan terpaksa dibatalkan tetapi majlis pernikahan kami dijalankan mengikut perancangan awal.
“Walaupun majlis berlangsung ringkas dan masing-masing dalam tugasan, namun kami tetap gembira dan teruja,” katanya.
Nur Edayu yang bertugas di Bahagian Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam dan suaminya…