Setelah seminggu menular, perbincangan tentang wabak Wuhan Koronavirus masih belum reda sehingga netizen menemui perkara terbaru yang agak menakutkan
Perkara tersebut bukanlah tentang angka kematian atau angka mangsa yang semakin meningkat di serata dunia.
Tetapi, netizen baru-baru ini terjumpa satu klip dari animasi The Simpsons yang menunjukkan wabak seakan-akan koronavirus tersebar ke Amerika Syarikat.
Apa yang menakutkan ialah klip tersebut dipetik dari siri The Simpsons yang dikeluarkan pada tahun 1993 iaitu 27 tahun lalu!
Bezanya, wabak yang tersebar ke Amerika Syarikat itu berasal dari Osaka, Jepun yang dipanggil ‘Osaka Flu’.